Notis Privasi CRM (Untuk pakar penjagaan kesihatan) | Takeda Malaysia
Notis Privasi CRM
Tarikh berkuat kuasa notis privasi ini: Disember 2024
Privasi dan perlindungan data peribadi anda adalah penting bagi kami. Notis Privasi ini menjelaskan jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda dan bagaimana kami menggunakannya untuk tujuan Pengurusan Perhubungan Pelanggan ("Customer Relationship Management", CRM).
Takeda ialah sekumpulan syarikat yang beroperasi secara global. Perusahaan Takeda merangkumi syarikat induk Takeda Pharmaceutical Company Limited dan entiti gabungannya (secara kolektif “Takeda” atau “Kami”). Untuk maklumat hubungan berkaitan dengan entiti gabungan tempatan anda, sila rujuk laman web Takeda https://www.takeda.com/worldwide/.
Apakah Data Peribadi yang kami kumpulkan?
Data peribadi yang kami kumpulkan termasuk maklumat hubungan (perniagaan) anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nama keluarga, nombor telefon perniagaan dan alamat e-mel, butiran syarikat, dan jawatan anda), maklumat profesional (contohnya maklumat kurikulum,sijil professional, lesen, sebarang dokumen lain yang berkaitan serta informasi berkaitan dengan kepakaran dan minat anda); dan maklumat tentang interaksi dan mesyuarat kami.
Bagaimanakah kami mengumpul Data Peribadi anda?
Data peribadi anda akan dikumpul melalui interaksi anda dengan kakitangan, ahli gabungan dan/atau wakil kami melalui pelbagai saluran dan/atau platform kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada mesyuarat fizikal; interaksi laman web; telefon dan perbualan maya; interaksi akaun media sosial (seperti Instagram, Whatsapp dan lain-lain); dan/atau sebarang surat-menyurat bertulis.
Kami juga mungkin mengumpul data peribadi daripada pihak ketiga (termasuk rakan kongsi, institusi kerajaan dan pihak lain yang kami bekerjasama). Dalam syarat ini, kami hanya akan mengumpul data peribadi anda untuk/atau berkaitan dengan tujuan yang melibatkan pihak ketiga tersebut atau/untuk tujuan kerjasama kami dengan pihak ketiga ini.
Bagaimanakah kami menggunakan Data Peribadi anda?
Pemprosesan data peribadi anda adalah secara sukarela dan dilakukan untuk memenuhi kewajipan kontrak kami terhadap anda; untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami; atau berdasarkan persetujuan anda.
Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:
- Untuk mengurus interaksi kami, termasuk menjawab pertanyaan dan permintaan anda;
- Untuk melaksanakan semakan konflik kepentingan dan semakan lain yang berkenaan;
- Untuk memudahkan jualan dan pemasaran produk Takeda kami;
- Untuk memudahkan penganjuran mesyuarat dan acara;
- Untuk bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan kami;
- Untuk memudahkan sebarang proses/aktiviti akreditasi Pendidikan Perubatan Berterusan (‘CME’) yang anda akan sertai;
- Untuk menjana maklumat statistik dan data analisis untuk tujuan ujian, penyelidikan, analisis, pembangunan produk, perkongsian dan kerjasama komersial;
- Untuk memberikan anda maklumat atau sampel produk yang mungkin menarik minat anda;
- Untuk mengurus, menyokong dan meningkatkan kecekapan prestasi, pembangunan, pengalaman dan fungsi perkhidmatan kami;
- Di mana berkenaan, untuk mematuhi semua kewajipan di bawah undang-undang dan peraturan semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada menjawab permintaan, penyiasatan atau keputusan mengikut peraturan, mematuhi keperluan pemfailan, pelaporan dan pelesenan yang diperlukan oleh undang-undang dan menjalankan audit, usaha wajar dan penyiasatan
(Secara kolektif, "Tujuan")
Pengisytiharan Data Peribadi anda
Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan di seluruh dunia yang bekerjasama dengan kami untuk memenuhi tujuan di atas (contohnya agensi pelancongan, agensi pengurusan acara, kontraktor, perkhidmatan pemenuhan,sokongan teknikal, perunding luaran dan penasihat luaran). Kami juga mungkin berkongsi maklumat anda dengan entiti gabungan dan anak syarikat Takeda yang lain.
Perkongsian data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan ke negara lain. Undang-undang perlindungan data and privasi di negara-negara lain tersebut mungkin memberikan tahap perlindungan yang berbeza. Takeda akan menyediakan perlindungan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda yang berkaitan dengan pemindahan tersebut.
Berapa lama kami menyimpan Data Peribadi anda?
Kami menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan di atas; dan selagi hubungan anda dengan kami berterusan, tertakluk kepada undang-undang tempatan, peraturan dan keperluan perniagaan yang sah.
Apakah Hak Subjek Data saya?
Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda, meminta pembetulan dan pemadaman, pemindahan data peribadi anda atau/dan meminta agar penggunaan data peribadi anda dihadkan. Di mana penggunaan data peribadi anda oleh kami adalah berdasarkan persetujuan anda, anda juga mempunyai hak untuk menarik kembali persetujuan anda pada bila-bila masa.
Bagaimana untuk menghubungi kami?
Untuk melaksanakan mana-mana hak ini, sila hantar permintaan anda kepada kami menggunakan Borang Permintaan Privasi kami di https://www.takeda.com/individualrights.
Jika borang tidak tersedia dalam bahasa yang anda ingin gunakan untuk berkomunikasi, atau anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan lain, anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Takeda di privacyoffice@takeda.com.
Jika anda mempunyai aduan tentang cara data peribadi anda diproses, anda juga boleh menghubungi Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data di wilayah anda.
Untuk maklumat lanjut tentang cara Takeda memproses data peribadi anda dan hak anda berkaitan pemprosesan ini, sila rujuk Notis Privasi Takeda di www.takeda.com.